MUKADIMAH

         Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Friday, October 31, 2008

BUAT SAHABATKU..

Assalamualaikum...

Kini bulan November menjelma..maknanya bulan exam pun datang lagi untuk kesekian kalinya...selagi mana kita bergelar mahasiswa/i...so...di sini...saya nak mengucapkan selamat menempuh peperiksaan...Yakinlah dengan usaha, doa dan tawakkal kita selama ini...Janganlah menyerah kalah sebelum berjuang..Ingat ..Allah sentiasa bersama dengan hamba2Nya yang beiman dan beramal soleh..Perjuangan kita belum berakhir...

Wednesday, October 8, 2008

PERJUANGAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua faktor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.

Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:

Maksudnya:

“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

“Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”

AQIDAH ASAS PERJUANGAN

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen.

Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.

Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.

Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan:

“Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.”

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa

• Menyeru supaya menjauhi taghut

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

MUQADDIMAH

Perjuangan Islam pada hari ini merupakan warisan perjuangan dari Rasulullah SAW. Semasa hayatnya, baginda telah melaksanakan tugas perjuangan dengan penuh tabah dan ketaqwaan. Apa yang diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini.

FIKRAH PARA PEJUANG ISLAM

Sehubungan dengan itu, kita bertanggungjawab memahami tugas dan tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi mempastikan kemenangan Islam. Firman Allah SWT “Dan siapkanlah bagi menghadapi mereka (musuh), hendaklah membuat persiapan yang secukupnya sedaya upaya kamu dengan segala kekuatan yang perlu”.(Al-Anfaal: 60) “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa”. (Surah An-Nur: 55).Sementara Rasulullah SAW pula bersabda, Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusnya bersama Mu’az pergi ke Yaman. Sebelum berangkat Rasulullah s.a.w berpesan, "Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira dan janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah dan jangan selalu berselisih". Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, "Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah".Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata, "Perjuangan yang benar dengan tidak mempunyaj strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi rapi".

MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah: Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri dari Allah yang bersifat Rabb. Para dua’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah menjelaskan selagi dua’t berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemelihraanNya:“dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhan, maka seungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami” (at-Thur:48).Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi i’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

b. Syumuliyyah: Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung.

c. Inqilabiyyah: Inqilabiyyah menurut Harakah Islamiyyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.

d. ‘Alamiyyah: Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini. Daulah Islamiyyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyyah di negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ada dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya.

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Dalam Sirah Rasulullah SAW, terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islamiyyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah SAW:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas: Firman Allah SWT:“Maka sampaikanlah oleh mu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepada mu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik” (al-Hijr:94) Sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara lansung dan jelas menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Justeru itu, manhaj harakah Islamiyyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan dan cara penyampaian.

b) Bergerak Mengikut Kemampuan: Harakah Islamiyyah hendaklah bergerak mengikut kadar kemampuan tanzim. Kekuatan dan persediaan yang mantap dan bersungguh-sungguh perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan al-Qur’an:“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat (dengan persiapan itu) kamu akan menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak ketahui”. (al-Anfal:60)

c) Melaksanakan Hazar (Waspada): Kaedah ini berdasarkan firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman ambilah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majlah berkelompok atau majulah beramai-ramai”. (an-Nisa’:71)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at: Para Ulama’ usul telah menta’rifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syari’at iaitu: “maksud umum daripada syara,’ dalam menetapkan hokum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara yang dhoruriyyat (tidak boleh tidak) bagi mereka dan menyempurnakan perkara haajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kebaikan) bagi mereka”.

Berpandukan kepada maksud umum syari’at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip ini, Harakah Islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan dan mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

Monday, September 8, 2008

salam pengenalan

assalamualaikum w.b.t..............

"